Thursday, February 11, 2010

Di balik sebuah rasa.(untuk para herbalis HPA)

Merasai sesuatu dengan hati bukannya dengan kekuatan fikiran yang keluar dari andaian semata-mata. Jika bersihnya hati maka sudah tentulah biasnya cahaya itu dari sudut yang benar tetapi jika selalu dikotori maka ujudlah seribu perasangka yang membawa kepada dosa. Ukurannya ialah pada hati , dari itu mengambil sikap curiga pada telahan hati sendiri itu lebih selamat. Kita curiga tentang sesuatu yang dibentangkan kerana kita bimbang ianya merupakan sebuah rasa yang telah salah.
Apapun yang penting bersihkan hati sehingga ia melahirkan cahaya yakin pada setiap bicaranya. Sekiranya yakin itu sudah menguasai diri sesudah ia cuba menafikan sesuatu hal yang buruk maka benarlah itu adalah petunjuk dari tuhannya. Allah menjadi pembimbing kepada orang yang beriman dan mengeluarkan dirinya dari kegelapan kepada cahaya seperti Allah mendatangkan rasa bahagia dihati hambanya tatkala ia melakukan apa jua ibadah. Kita mampu melakukan hal-hal yang zahir tetapi atas urusan batin semuanya kembali kepada Allah yang menentukan.
Mintalah Allah nescaya kita akan memperolehi kesemuanya kerana dia sahaja yang berhak mengagihkan redhonya kepada sekelian Alam. Dia tidak ada sekutu dengan sesuatu dalam hak keagungannya dan tidak ada sekutu dengan sesuatu ketika memberikan sesuatu nikmat. Jika ia mencabut nikmat itu tidak ada siapa yang mampu memberikannya.
Dimana sahaja wajahmu dihadapkan disitulah ujudnya Allah sehingga ketika matamu terpejam dari melihat hakikat benda dihadapanmu itupun tanda ujudnya Allah kalau tidak masakan orang buta juga beriman dengan sesungguhnya. Kadangkala dengan mata yang terpejam lebih cepat hati itu merasai kerana ia tidak terpengaruh dengan lukisan dihadapannya. Jika ia mampu melihat sesuatu itu dengan pandangan dibalik sebuah objek maka itu lebih baik. Dia berfikir tentang Allah,tentang kekuasaan,tentang pentas dunia yang akan dilabuhkan tirai kehidupanya dan disitulah dia membangunkan sebuah rasa ketergantungan dengan Maha pencipta sambil menafikan semua kehaziran yang lain dihatinya.
Dia tidak pernah rasa kesepian dalam kesaorang dan tidak pernah rasa lupa dalam keramaian sehinggakan benar-benar ia takut hatinya tidak lagi dapat mendampingi tuhannya. Bagitulah perjalanan hati yang sentiasa menanti dan mengharap sapaan dari tuhannya. Ia dapat merasai kesemuanya itu walaupun sukar padanya mengungkap sebuah rahsia cinta antara hamba dengan Tuhanya. Dia mencintai semua orang yang sama-sama berjalan diatas jalan yang sama miskipun memiliki cara yang berbeza kerana jelas padanya semestinya semua orang mencari jalan yang membawa petunjuk bukanya jalan syaitan. Rasa ingin kepada petunjuk itupun satu anugrah yang ditentukan Allah kecuali dia lari dari petunjuk kerana fatamogana yang tidak upaya hatinya menolaknya. Itupun sesudah datang ingatan dari Allah ia menjadi sedar kembali. Alangkah besarnya kasih sayang Allah pada hambanya atas kesempatan yang tidak pernah kurang. Benarlah jika ia memilih jalan lain itu adalah hasil sebuah kedurhakaannya selama ini .
Persoalanyanya,kenapa ia tidak sedar bahawa ia sebenarnya mengikuti jalan yang salah sehingga ia berada pada ambang kematian. Kita kembalikan semula pada hati yang menjadi neraca ukur. Hatilah yang sebenarnya kotor sehingakan kejahatan mampu bersembunyi dibalik kebaikan yang dilakukanya. Ruginya jika situasi ini berlaku pada diri kita walaupun seribu kebaikan telah di lakukan kerana ia tidak ubah bagai debu-debu yang berterbangan.
Kuatnya hati dalam menempuh sebuah rasa itu juga satu hal yang penting di perbincangkan. Rasa marah,rasa sedih,rasa ragu dan pelbagai jenis rasa yang menjadi seperti air diatas daun keladi,tertimbang-timbang tapi tidak juga tertumpah di bumi pasrah. Semakin kuat rasa itu semakin jenuh kita mengatur hati agar berlaku adil dengan melihat hikmah yang tinggi. Selagi hati giat mencari celanya sebuah cerita sampai bilapun ia tidak mampu mengambil iktibar dari sesuatu kejadian. Lebih-lebih lagi andaikata ia sendiri mengakuinya semua yang dirasainya adalah benar belaka.
Burung yang terbang tinggi merasai kecilnya upaya manusia dibawahnya hanya mampu berjalan dengan lelah dan terbatas melalui liku-liku yang banyak sedangkan ia mampu merentas tanpa batasnya. Sesekali rasa itu menjadi kebenaran tetapi takala hujan lebat,manusia mencipta kenderaan bagi meneruskan kehidupan sedangkan sang burung bersembunyi dibalik ranting didalam kesejukkan. Semakin besar ia membina fatamogana itu semakin besarlah rasa sedihnya pada sebuah takdir Allah pada dirinya. Demikianlah keajaiban sebuah hati dan Allah bimbingilah kami. Amin.

-dr bloh PU

Wednesday, February 3, 2010

Disebalik sebuah rasa ( dedicated to HERBALIS)

- sumber dari blog PU.

ILMU RASA

Setelah kita mempunyai deria rasa yang tinggi bagi melihat diri sebagai bukti keujudan Allah serta menjadi saksi hukum atas pelaksanaan semua perintahnya maka ruh yang sedar mulalah berkata-kata dengan dirinya sendiri. Lahirnya bicara hati ini adalah fitrah dalam penciptaan manusia bagi menjadi jalan untuk mengenali Allah . Akhirnya muncullah sebuah "rasa" yang akan menyelami hakikat perhambaan berdasarkan petunjuk al Quran dan al Hadis.

Awalnya perjalanan ilmu rasa dari ujudnya sentuhan "ikhsan" dimana ia merasai setiap detik Allah melihatnya dan dia pun memandang Allah pada semua sudut sehinggakan tidak ada cela atau pujidiri pada setiap takdir yang ditentukan. "aku" yang menjadi tuhan lain dari Allah berjaya di nafikan dengan segenap keupayaanya. Ilmu rasa inilah yang menyelubungi diri zahir dan batin bagi mengungkapkan "tiada yang ujud kecuali Dia".

Semakin kuat keinginan hati bagi mencari kebesaran tuhannya , bertambah sirnalah dihati ini dengan mengakui kekerdilanya . Kalimah pada lidah sudah terhenti hanya rasa sahaja yang mampu meraba dan tunduk sujud menyerah lantas hati benar-benar merasai kalimah Allahuakbar ....."tiada siapa pun yang tahu tentang kebesaran dalam kebesarannya.

- sumber dari blog PU

Monday, February 1, 2010

BATUK

Apabila anda batuk yang teruk jangan sekali-kali memakan buah anggur kerana batuknya akan menjadi semakin parah. Bagitu juga dengan buah mempelam/mangga atau timun yang boleh menyebabkan batuk berterusan. Walaupun buah-buahan ini termasuk dalam kelompok sejuk tetapi ia tidak mengurangi masalah batuk. Getah anggur pula sangat baik untuk batuk disamping pengambilanya disinergikan dengan biji selasih,kurma merah,halwa kundur dan lain lain lagi.
Batuk dapat di legakan dengan madu yang dicampur halia merah(bukan halia bara). Ini terdapat dalam produk MADULIA tetapi jika pengambilan herba ini tidak berapa efektif,ia perlu di ambil dengan perahan limau/jeruk(ind) nipis bersamanya. Perahkan separuh limau nipis kedalam satu senduk MADULIA dan minum terus(jangan campur air) selepas beberapa minit barulah minum air jika mahu.

Pengambilan MADULIA ini sebenarnya diambil sedikit-dikit tetapi kerap dilakukan mungkin lebih dari 10 kali sehari(1/3 sudu makan/setiap kali pengambilan) Kerap dengan sedikit-dikit lebih baik dari banyak sekali gus,itulah kaedah perawatan batuk.InsyaAllah.

- sumber dari blog PU.

BELAJARLAH MENGENAL DIRI

Selain dari belajar mengenal herba dan kegunaanya,sewajarnya seorang herbalis juga belajar mengenal diri sendiri. Pertama tentang hak pemilikan tubuhnya,milik siapa? Sudah semestinya tubuh itu dimiliki oleh yang mencipta diri. Pemilikan disini ialah hak mutlak pencipta yang mencipta dan ia mengikut tujuan yang satu kenapa ia diciptakan. Mengulas tentang pemilikan ini kita tidak boleh pergi jauh melainkan hanya kata yang layak dan tepat,ialah tiada sesuatu yang ujud melaikan menjadi bukti tentang keujudNYA.

Tidak hanya menjadi bukti tentang keujudaNya tetapi kita juga diminta menjadi saksi tentang hukum yang ditegakkanNya. "Saksi hukum" inilah yang dinamakan "ibadah" iaitu peraturan khas yang diperintahkan untuk di laksanakan oleh manusia.

Kesimpulan awal jika kita mula untuk mengenal diri, maka fahamilah 2 perkara ini iaitu "diri anda menjadi saksi tentang keujudaNya dan saksi tentang penegakan hukum-hukumNya.".

- sumber dari blog PU.

Musim Ketam berisi

Jika anda ke laut pada waktu sekarang,anda akan dapati ketam laut mulai mempunyai isi. Ia bergantung kepada penuhnya bulan atau tidak. Tahukah anda bahawa sekarang juga musim musim wanita mengandung. Apakah mengandung juga seperti ketam yang mempunyai isi ketika bulan penuh? jawapanya ya. Pusingan dan peningkatan hormon berlaku dimana ia mempengaruhi kesuburan sesaorang.

Masih ingatkan anda tentang kajian yang dilakukan kepada pokok tungkat ali? apa yang terjadi kepada tikus yang diberikan dengan herba itu. Pertama, kadar sperma meningkat dan menjadi aktif dan yang keduanya meningkatnya kekerapan tikus jantan mencari tikus betina. Ini terjadinya kerana berlakunya peningkatan paras hormon tikus selepas diberi pokok Tungkat ali.

Namun bagitu kedudukan bulan,air pasang surut dan musim juga menjadi petunjuk kepada kesuburan manusia. Cuma mereka yang mahu belajar sahaja yang mahu mengerti....

- sumber dari blog PU

PENJAGAAN GIGI

Penjagaan gigi dengan kaedah pengubatan herba sangat berkesan terutamanya bagi mendapatkan gigi yang kuat sampai ke tua. Herba-herba yang digunakan kebiasaanya dari jenis herba yang mempunyai buku atau ruas. Tebu,buluh,rumput dan pelbagai herba lain direbus dengan dicampur sedikit garam bukit yang berwarna hitam . Air rebusan dijadikan ubat kumur setiap pagi dan malam.
Garam hitam ini kebiasaanya kedapatan dibukit- bukit yang ada kolam air di tengahnya. Binatang-binatang hutan seperti kambing gurun,rusa,gajah akan mencari garam ini sebagai makanan tambahan untuk menguatkan tulang.
Dalam perubatan Jawi, garam bukit yang berwarna hitam ini dimasukkan kedalam campuran ubatan kapsul Deep Cleansing(Deep C) . Deep C juga digunakan untuk menguatkan tulang dan gigi. InsyaAllah.

-suber dari blog PU.