Saturday, April 10, 2010

Sakit Gigi

Kadangkala anda hairan kenapa gigi terlalu kerap sakit sedangkan anda berus gigi pagi dan malam.
Sakit gigi juga dikaitkan dengan berlakunya "geseran" gigi pada waktu tidur malam. Ini semua berlaku di luar sedar di mana gigi dirapatkan dengan kuat dan digeser seperti mengunyah sesuatu yang keras. Bunyi geseran boleh kedengaran terutama pada kanak-kanak kecil. Bila ada gigi yang terkena pada gusi,maka keesokan akan mulalah sakit pada gusi tersebut.

Kenapa berlaku geseran pada gigi?
Jawapanya ialah stress.

Orang yang stress akan melepaskan perasaanya pada gigi sewaktu tidur malam. Ini lebih parah jika ia mengambil makanan yang mendatangkan elergi . Berjumpa dengan doktor boleh dilakukan untuk meratakan gigi .

Perubatan herba menggunakan herba berbuku (monokot)untuk perawatan gigi seperti kapsul malac,ardisia atau buku jagung,buku tebu,buku buluh dan lain-lain lagi. Apapun yang lebih baik, perasaan itu boleh menjadi tenang dengan memperbanyakan membaca al Quran dan berzikir. amin

-dari blog PU.

Santau Angin (catatan hidupku-dari PU)

Datukku dahulu seorang bomoh santau yang mungkin terkenal pada zamannya(Husin Tok Tukang Awang). Beliau juga meninggal dunia muntah darah selepas meminum secawan kopi(juga dikatakan terkena santau) Banyak juga aku dengar tentang ilmu santau ini . Lebih-lebih lagi aku juga sangat cenderung hati bagi mempelajari ilmu perubatan tradisonal Melayu. Datok meninggalkan sebuah beg kain kecil yang mengandungi geliga untuk orang yang dikatakan terkena santau. Aku tak melihatnya tetapi ibuku dan bapak saudaraku mengesahkan hal ini memang benar. Aku hanya sempat bertanya bapak saudaraku(HJ Mat) apakah geliga itu,dia menyatakan antaranya ialah tulang ikan Yu Kemian dan akar terung pipit.(sekarang produk shark cartilage)
Di sini aku ingin mempertengahkan pandanganku tentang santau angin. Isteriku juga pernah bertanya “apakah aku percaya atau tidak dengan santau angin?”.
Aku anak kampong yang dilahirkan dalam masyarakat yang banyak menggunakan perkhidmatan “bomoh”. Mungkin anda sekelian tidak mengetahui tentang “racak” yang di hanyutkan ke sungai atau ke Laut atau mungkin anda sekelian tidak pernah tahu tentang “kayu pasong hantu” yang diletakan dirumah dengan pelbagai kepercayaan. Mungkin anda semua juga tidak mengetahui tentang “tahi besi” bagi menghalau Jin dan sebagainya. Semua yang aku katakan diatas pernah kulalui di zaman kecilku.
Aku juga ingin menambah sikit lagi maklumat tentang keluargaku yang mempunyai pantang larang dalam kehidupan. Di rumah tidak boleh membuat buah Melaka(perlis) dan kalau dibuat juga walaupun sembunyi-sembunyi semua ahli keluarga akan demam. Di kampungku (tempat tapak madrasah) juga tidak pernah berlaku sebarang kecurian kerana dikatakan mempunyai penunggu dan perkataan yang sering disebut iaitu “sahabat”.
Sejak kecil ayahku memang sedia sakit, datokku akan datang berikhtiar dengan pelbagai cara. Waktu malam aku sering mendengar derapan kaki orang berjalan diatas bumbung rumah dan juga di atas bumi. Kadangkala rasa takut dan kadangkala tak rasa apa-apa.
Kedatangan “Shiekh Ismail(sama nama) ,tuan guru dari Mekah telah mengubah kehidupan kami keseluruhannya. Kami di kenalkan dengan rupa tauhid yang sebenarnya. Pak long Mat pertama kali menerima kefahaman ini lantas membakar semua buku-buku perubatan datok yang bercampur mistik. Aku yang belajar dengan pak Long Mat juga meyakini bahawa beliau memilih jalan pengubatan yang benar. Kami yakin pada Allah dengan sepenuh hati dan tidak ada tapi-tapi lagi.
Pak long yang digelar sebagai “Mat licin” dikatakan memiliki ilmu kebal (pernah ditembak dari jarak dekat dan terbukti) menyatakan “kita perlu keluar dari jahiliah kepada muslim yang sebenarnya”. Dia benar-benar bertaubat dan aku lihat Allah mengurniakan” ilmu yakin” padanya. Keyakinannya tinggi melebihi dari kebanyakan guru ugama yang pernah aku temui. Dia sanggup berhadapan dengan siapa juga manusia yang kononnya memiliki ilmu dunia yang tinggi demi menegakkan kebenaran dan membenteras syirik. Apa yang aku lihat biasanya orang yang dikatakan kerasukan jin akan hilang bila sampai bertemu dengannya.
Ilmu-ilmu mistik sebenarnya kian hilang dalam masyarakat Malaysia tetapi kini tiba-tiba ia muncul semula dengan arus yang lebih hebat. Inilah pengaruh filem yang aku lihat 10 tahun dahulu di Indonesia. Alangkah jauhnya saudara-saudaraku yang masih lagi berada dalam alam mistik lagi syirik,perasangka jahat pada setiap orang dan percaya dengan kata-kata orang samada bomoh ataupun ustaz.
Pak Long sangat marah jika dikatakan buatan orang! Aku juga tak lah macam pak Long sangat tapi geram juga bila penyakit selalunya dikaitkan dengan orang. Pak Long kata “ biar kita mati sekali-kali jangan bersyirik pada Allah” dan aku pegang kata-kata itu kerana itulah yang diajar oleh Nabi saw.
Di sinilah perubatan Jawi berpisah dengan pengubatan Islam yang lain kerana Kami tidak akan menyabitkan penyakit dengan saka,santau angin, buatan orang dan lain-lain lagi kerana kami sangat yakin bahawa kesemuanya itu berlaku dengan izin Allah.
Sakit itu sebab dosa kita sendiri(penghapus dosa) kenapa pula dikaitkan pada orang lain. Santau angin adalah ulser perut dan akhirnya menyebabkan muntah darah. Mereka berkata kalau ada ulser kenapa tak dapat dilihat oleh doctor? Inilah yang hujah para pengamal perubatan batin lagi batil. Tidak lihat bukan bererti tak ujud kerana pengalamanku dalam dunia perawatan ,penyakit pada tahap awal kebiasaannya tak dapat dikesan. Doktor hanya dapat mengesannya pada peringkat penyakit sudah jadi 80% dalam badan. Barulah dikenali sebagai kanser,barah,darah tinggi dan lain-lain lagi.
Aku ingin menyatakan ada satu istilah yang lebih mudah difahami iaitu “fobia”. Fobia ini adalah penyakit ,orang yang sudah kurus merasa dirinya sangat gemok.Orang yang tidak sakit merasakan dirinya sakit, kerana apa? Kerana mindset (otak bawah sedar) telah merakam perkataan bomoh yang menyatakan ia disantau. Dia akan sakit buat selama-lamanya jika tidak ada orang yang mampu menyampaikan tentang ilmu tauhid padanya. Lebih-lebih lagi fobia ini akan menjadi darah daging sekiranya ia percaya 100% pada bomoh atau ustaz yang suka meramal.
Dengan Nama Allah, ramai mereka yang berada dalam situasi ini(fobia) telah sembuh setelah bergabung dengan HPA dan mengikuti perubatan Jawi. Kita bukan menyediakan air penawar untuk mereka tetapi yang kita berikan ialah aqidah yang sebenar bagaimana mempertuhankan Allah sebagai Rab dan Ilah yang disembah dan tempat meminta.
Hari ini kami tidak lagi demam bila membuat kuih “buah Melaka” malah perlu membuat banyak sebab keluarga menjadi semakin ramai. Ibuku akan tersenyum bila aku cerita hal ini pada kalian dan itulah yang aku harapkan dari sebuah perjuangan agar menjadi ibadah yang diterima oleh Allah. Amin.

dipetik dari blog PU.

Wednesday, March 31, 2010

Air Bermalam

Simpan air semalaman didalam tadahan dan buat mandian di awal pagi hari boleh mengubati penyakit yang berasal dari kepanasan. Selain daripada kesegaran,merinjis air di kepala antara azan subuh dan iqamat juga salah satu terapi yang telah diajarkan oleh Rasullulah saw. Namun hadis itu tidak menyatakan air bermalam tetapi memadai dengan air biasa.

Air bermalam ialah air yang di takungkan semalaman dan rasa dinginnya sangat sesuai bagi membilas tubuh yang panas. Jika kita mandi daripada air paip biasa,rasa panas batang paip besi menjadikan ia tidak alami. Di kampung dahulu biasa dibuat kolah air untuk takungan air paip dan kita akan mandi sepuas-puasnya tetapi hari ini ramai yang tidak menyedari penyakit yang mereka hadapi kerana kurangnya mandi dan mengakibatkan suhu badan yang tinggi diikuti dengan tidur yang tidak berkualiti. Jadi kalau anda sediakan wadah air/kolah air di rumah mandian akan lebih berkualiti. Mereka yang mandi pagi sentiasa sehat.InsyaAllah dibandingkan dengan orang yang kurang mandi atau mandi air panas diwaktu pagi.

-dari blog PU

Sunday, March 28, 2010

CUKA

Madu cuka nipah diambil selepas makan bukannya sebelum makan. Cuka sangat baik untuk menurunkan kolesterol tetapi jika tidak betul pengambilanya ia akan merosakan gigi. Oleh sebab itu cuka perlu dicampur dengan madu dengan kadar (95: 5) hanya 5% cuka sahaja yang dicampur dalam madu untuk mengelakan kesan negative pada gigi.
Setiap malam,kumur dengan air garam sebelum tidur,insyaAllah gigi anda akan kuat sampai ke usia tua. Tidak ada herba sekuat cuka madu yang dapat mengeluarkan plak di dinding arteri bagi mengelakan serangan jantung.

-dr blog PU.

Thursday, February 11, 2010

Di balik sebuah rasa.(untuk para herbalis HPA)

Merasai sesuatu dengan hati bukannya dengan kekuatan fikiran yang keluar dari andaian semata-mata. Jika bersihnya hati maka sudah tentulah biasnya cahaya itu dari sudut yang benar tetapi jika selalu dikotori maka ujudlah seribu perasangka yang membawa kepada dosa. Ukurannya ialah pada hati , dari itu mengambil sikap curiga pada telahan hati sendiri itu lebih selamat. Kita curiga tentang sesuatu yang dibentangkan kerana kita bimbang ianya merupakan sebuah rasa yang telah salah.
Apapun yang penting bersihkan hati sehingga ia melahirkan cahaya yakin pada setiap bicaranya. Sekiranya yakin itu sudah menguasai diri sesudah ia cuba menafikan sesuatu hal yang buruk maka benarlah itu adalah petunjuk dari tuhannya. Allah menjadi pembimbing kepada orang yang beriman dan mengeluarkan dirinya dari kegelapan kepada cahaya seperti Allah mendatangkan rasa bahagia dihati hambanya tatkala ia melakukan apa jua ibadah. Kita mampu melakukan hal-hal yang zahir tetapi atas urusan batin semuanya kembali kepada Allah yang menentukan.
Mintalah Allah nescaya kita akan memperolehi kesemuanya kerana dia sahaja yang berhak mengagihkan redhonya kepada sekelian Alam. Dia tidak ada sekutu dengan sesuatu dalam hak keagungannya dan tidak ada sekutu dengan sesuatu ketika memberikan sesuatu nikmat. Jika ia mencabut nikmat itu tidak ada siapa yang mampu memberikannya.
Dimana sahaja wajahmu dihadapkan disitulah ujudnya Allah sehingga ketika matamu terpejam dari melihat hakikat benda dihadapanmu itupun tanda ujudnya Allah kalau tidak masakan orang buta juga beriman dengan sesungguhnya. Kadangkala dengan mata yang terpejam lebih cepat hati itu merasai kerana ia tidak terpengaruh dengan lukisan dihadapannya. Jika ia mampu melihat sesuatu itu dengan pandangan dibalik sebuah objek maka itu lebih baik. Dia berfikir tentang Allah,tentang kekuasaan,tentang pentas dunia yang akan dilabuhkan tirai kehidupanya dan disitulah dia membangunkan sebuah rasa ketergantungan dengan Maha pencipta sambil menafikan semua kehaziran yang lain dihatinya.
Dia tidak pernah rasa kesepian dalam kesaorang dan tidak pernah rasa lupa dalam keramaian sehinggakan benar-benar ia takut hatinya tidak lagi dapat mendampingi tuhannya. Bagitulah perjalanan hati yang sentiasa menanti dan mengharap sapaan dari tuhannya. Ia dapat merasai kesemuanya itu walaupun sukar padanya mengungkap sebuah rahsia cinta antara hamba dengan Tuhanya. Dia mencintai semua orang yang sama-sama berjalan diatas jalan yang sama miskipun memiliki cara yang berbeza kerana jelas padanya semestinya semua orang mencari jalan yang membawa petunjuk bukanya jalan syaitan. Rasa ingin kepada petunjuk itupun satu anugrah yang ditentukan Allah kecuali dia lari dari petunjuk kerana fatamogana yang tidak upaya hatinya menolaknya. Itupun sesudah datang ingatan dari Allah ia menjadi sedar kembali. Alangkah besarnya kasih sayang Allah pada hambanya atas kesempatan yang tidak pernah kurang. Benarlah jika ia memilih jalan lain itu adalah hasil sebuah kedurhakaannya selama ini .
Persoalanyanya,kenapa ia tidak sedar bahawa ia sebenarnya mengikuti jalan yang salah sehingga ia berada pada ambang kematian. Kita kembalikan semula pada hati yang menjadi neraca ukur. Hatilah yang sebenarnya kotor sehingakan kejahatan mampu bersembunyi dibalik kebaikan yang dilakukanya. Ruginya jika situasi ini berlaku pada diri kita walaupun seribu kebaikan telah di lakukan kerana ia tidak ubah bagai debu-debu yang berterbangan.
Kuatnya hati dalam menempuh sebuah rasa itu juga satu hal yang penting di perbincangkan. Rasa marah,rasa sedih,rasa ragu dan pelbagai jenis rasa yang menjadi seperti air diatas daun keladi,tertimbang-timbang tapi tidak juga tertumpah di bumi pasrah. Semakin kuat rasa itu semakin jenuh kita mengatur hati agar berlaku adil dengan melihat hikmah yang tinggi. Selagi hati giat mencari celanya sebuah cerita sampai bilapun ia tidak mampu mengambil iktibar dari sesuatu kejadian. Lebih-lebih lagi andaikata ia sendiri mengakuinya semua yang dirasainya adalah benar belaka.
Burung yang terbang tinggi merasai kecilnya upaya manusia dibawahnya hanya mampu berjalan dengan lelah dan terbatas melalui liku-liku yang banyak sedangkan ia mampu merentas tanpa batasnya. Sesekali rasa itu menjadi kebenaran tetapi takala hujan lebat,manusia mencipta kenderaan bagi meneruskan kehidupan sedangkan sang burung bersembunyi dibalik ranting didalam kesejukkan. Semakin besar ia membina fatamogana itu semakin besarlah rasa sedihnya pada sebuah takdir Allah pada dirinya. Demikianlah keajaiban sebuah hati dan Allah bimbingilah kami. Amin.

-dr bloh PU

Wednesday, February 3, 2010

Disebalik sebuah rasa ( dedicated to HERBALIS)

Merasai sesuatu dengan hati bukannya dengan kekuatan fikiran yang keluar dari andaian semata-mata. Jika bersihnya hati maka sudah tentulah biasnya cahaya itu dari sudut yang benar tetapi jika selalu dikotori maka ujudlah seribu perasangka yang membawa kepada dosa. Ukurannya ialah pada hati , dari itu mengambil sikap curiga pada telahan hati sendiri itu lebih selamat. Kita curiga tentang sesuatu yang dibentangkan kerana kita bimbang ianya merupakan sebuah rasa yang telah salah.
Apapun yang penting bersihkan hati sehingga ia melahirkan cahaya yakin pada setiap bicaranya. Sekiranya yakin itu sudah menguasai diri sesudah ia cuba menafikan sesuatu hal yang buruk maka benarlah itu adalah petunjuk dari tuhannya. Allah menjadi pembimbing kepada orang yang beriman dan mengeluarkan dirinya dari kegelapan kepada cahaya seperti Allah mendatangkan rasa bahagia dihati hambanya tatkala ia melakukan apa jua ibadah. Kita mampu melakukan hal-hal yang zahir tetapi atas urusan batin semuanya kembali kepada Allah yang menentukan.
Mintalah Allah nescaya kita akan memperolehi kesemuanya kerana dia sahaja yang berhak mengagihkan redhonya kepada sekelian Alam. Dia tidak ada sekutu dengan sesuatu dalam hak keagungannya dan tidak ada sekutu dengan sesuatu ketika memberikan sesuatu nikmat. Jika ia mencabut nikmat itu tidak ada siapa yang mampu memberikannya.
Dimana sahaja wajahmu dihadapkan disitulah ujudnya Allah sehingga ketika matamu terpejam dari melihat hakikat benda dihadapanmu itupun tanda ujudnya Allah kalau tidak masakan orang buta juga beriman dengan sesungguhnya. Kadangkala dengan mata yang terpejam lebih cepat hati itu merasai kerana ia tidak terpengaruh dengan lukisan dihadapannya. Jika ia mampu melihat sesuatu itu dengan pandangan dibalik sebuah objek maka itu lebih baik. Dia berfikir tentang Allah,tentang kekuasaan,tentang pentas dunia yang akan dilabuhkan tirai kehidupanya dan disitulah dia membangunkan sebuah rasa ketergantungan dengan Maha pencipta sambil menafikan semua kehaziran yang lain dihatinya.
Dia tidak pernah rasa kesepian dalam kesaorang dan tidak pernah rasa lupa dalam keramaian sehinggakan benar-benar ia takut hatinya tidak lagi dapat mendampingi tuhannya. Bagitulah perjalanan hati yang sentiasa menanti dan mengharap sapaan dari tuhannya. Ia dapat merasai kesemuanya itu walaupun sukar padanya mengungkap sebuah rahsia cinta antara hamba dengan Tuhanya. Dia mencintai semua orang yang sama-sama berjalan diatas jalan yang sama miskipun memiliki cara yang berbeza kerana jelas padanya semestinya semua orang mencari jalan yang membawa petunjuk bukanya jalan syaitan. Rasa ingin kepada petunjuk itupun satu anugrah yang ditentukan Allah kecuali dia lari dari petunjuk kerana fatamogana yang tidak upaya hatinya menolaknya. Itupun sesudah datang ingatan dari Allah ia menjadi sedar kembali. Alangkah besarnya kasih sayang Allah pada hambanya atas kesempatan yang tidak pernah kurang. Benarlah jika ia memilih jalan lain itu adalah hasil sebuah kedurhakaannya selama ini .
Persoalanyanya,kenapa ia tidak sedar bahawa ia sebenarnya mengikuti jalan yang salah sehingga ia berada pada ambang kematian. Kita kembalikan semula pada hati yang menjadi neraca ukur. Hatilah yang sebenarnya kotor sehingakan kejahatan mampu bersembunyi dibalik kebaikan yang dilakukanya. Ruginya jika situasi ini berlaku pada diri kita walaupun seribu kebaikan telah di lakukan kerana ia tidak ubah bagai debu-debu yang berterbangan.
Kuatnya hati dalam menempuh sebuah rasa itu juga satu hal yang penting di perbincangkan. Rasa marah,rasa sedih,rasa ragu dan pelbagai jenis rasa yang menjadi seperti air diatas daun keladi,tertimbang-timbang tapi tidak juga tertumpah di bumi pasrah. Semakin kuat rasa itu semakin jenuh kita mengatur hati agar berlaku adil dengan melihat hikmah yang tinggi. Selagi hati giat mencari celanya sebuah cerita sampai bilapun ia tidak mampu mengambil iktibar dari sesuatu kejadian. Lebih-lebih lagi andaikata ia sendiri mengakuinya semua yang dirasainya adalah benar belaka.
Burung yang terbang tinggi merasai kecilnya upaya manusia dibawahnya hanya mampu berjalan dengan lelah dan terbatas melalui liku-liku yang banyak sedangkan ia mampu merentas tanpa batasnya. Sesekali rasa itu menjadi kebenaran tetapi takala hujan lebat,manusia mencipta kenderaan bagi meneruskan kehidupan sedangkan sang burung bersembunyi dibalik ranting didalam kesejukkan. Semakin besar ia membina fatamogana itu semakin besarlah rasa sedihnya pada sebuah takdir Allah pada dirinya. Demikianlah keajaiban sebuah hati dan Allah bimbingilah kami. Amin.

- sumber dari blog PU.

ILMU RASA

Setelah kita mempunyai deria rasa yang tinggi bagi melihat diri sebagai bukti keujudan Allah serta menjadi saksi hukum atas pelaksanaan semua perintahnya maka ruh yang sedar mulalah berkata-kata dengan dirinya sendiri. Lahirnya bicara hati ini adalah fitrah dalam penciptaan manusia bagi menjadi jalan untuk mengenali Allah . Akhirnya muncullah sebuah "rasa" yang akan menyelami hakikat perhambaan berdasarkan petunjuk al Quran dan al Hadis.

Awalnya perjalanan ilmu rasa dari ujudnya sentuhan "ikhsan" dimana ia merasai setiap detik Allah melihatnya dan dia pun memandang Allah pada semua sudut sehinggakan tidak ada cela atau pujidiri pada setiap takdir yang ditentukan. "aku" yang menjadi tuhan lain dari Allah berjaya di nafikan dengan segenap keupayaanya. Ilmu rasa inilah yang menyelubungi diri zahir dan batin bagi mengungkapkan "tiada yang ujud kecuali Dia".

Semakin kuat keinginan hati bagi mencari kebesaran tuhannya , bertambah sirnalah dihati ini dengan mengakui kekerdilanya . Kalimah pada lidah sudah terhenti hanya rasa sahaja yang mampu meraba dan tunduk sujud menyerah lantas hati benar-benar merasai kalimah Allahuakbar ....."tiada siapa pun yang tahu tentang kebesaran dalam kebesarannya.

- sumber dari blog PU

Monday, February 1, 2010

BATUK

Apabila anda batuk yang teruk jangan sekali-kali memakan buah anggur kerana batuknya akan menjadi semakin parah. Bagitu juga dengan buah mempelam/mangga atau timun yang boleh menyebabkan batuk berterusan. Walaupun buah-buahan ini termasuk dalam kelompok sejuk tetapi ia tidak mengurangi masalah batuk. Getah anggur pula sangat baik untuk batuk disamping pengambilanya disinergikan dengan biji selasih,kurma merah,halwa kundur dan lain lain lagi.
Batuk dapat di legakan dengan madu yang dicampur halia merah(bukan halia bara). Ini terdapat dalam produk MADULIA tetapi jika pengambilan herba ini tidak berapa efektif,ia perlu di ambil dengan perahan limau/jeruk(ind) nipis bersamanya. Perahkan separuh limau nipis kedalam satu senduk MADULIA dan minum terus(jangan campur air) selepas beberapa minit barulah minum air jika mahu.

Pengambilan MADULIA ini sebenarnya diambil sedikit-dikit tetapi kerap dilakukan mungkin lebih dari 10 kali sehari(1/3 sudu makan/setiap kali pengambilan) Kerap dengan sedikit-dikit lebih baik dari banyak sekali gus,itulah kaedah perawatan batuk.InsyaAllah.

- sumber dari blog PU.

BELAJARLAH MENGENAL DIRI

Selain dari belajar mengenal herba dan kegunaanya,sewajarnya seorang herbalis juga belajar mengenal diri sendiri. Pertama tentang hak pemilikan tubuhnya,milik siapa? Sudah semestinya tubuh itu dimiliki oleh yang mencipta diri. Pemilikan disini ialah hak mutlak pencipta yang mencipta dan ia mengikut tujuan yang satu kenapa ia diciptakan. Mengulas tentang pemilikan ini kita tidak boleh pergi jauh melainkan hanya kata yang layak dan tepat,ialah tiada sesuatu yang ujud melaikan menjadi bukti tentang keujudNYA.

Tidak hanya menjadi bukti tentang keujudaNya tetapi kita juga diminta menjadi saksi tentang hukum yang ditegakkanNya. "Saksi hukum" inilah yang dinamakan "ibadah" iaitu peraturan khas yang diperintahkan untuk di laksanakan oleh manusia.

Kesimpulan awal jika kita mula untuk mengenal diri, maka fahamilah 2 perkara ini iaitu "diri anda menjadi saksi tentang keujudaNya dan saksi tentang penegakan hukum-hukumNya.".

- sumber dari blog PU.

Musim Ketam berisi

Jika anda ke laut pada waktu sekarang,anda akan dapati ketam laut mulai mempunyai isi. Ia bergantung kepada penuhnya bulan atau tidak. Tahukah anda bahawa sekarang juga musim musim wanita mengandung. Apakah mengandung juga seperti ketam yang mempunyai isi ketika bulan penuh? jawapanya ya. Pusingan dan peningkatan hormon berlaku dimana ia mempengaruhi kesuburan sesaorang.

Masih ingatkan anda tentang kajian yang dilakukan kepada pokok tungkat ali? apa yang terjadi kepada tikus yang diberikan dengan herba itu. Pertama, kadar sperma meningkat dan menjadi aktif dan yang keduanya meningkatnya kekerapan tikus jantan mencari tikus betina. Ini terjadinya kerana berlakunya peningkatan paras hormon tikus selepas diberi pokok Tungkat ali.

Namun bagitu kedudukan bulan,air pasang surut dan musim juga menjadi petunjuk kepada kesuburan manusia. Cuma mereka yang mahu belajar sahaja yang mahu mengerti....

- sumber dari blog PU

PENJAGAAN GIGI

Penjagaan gigi dengan kaedah pengubatan herba sangat berkesan terutamanya bagi mendapatkan gigi yang kuat sampai ke tua. Herba-herba yang digunakan kebiasaanya dari jenis herba yang mempunyai buku atau ruas. Tebu,buluh,rumput dan pelbagai herba lain direbus dengan dicampur sedikit garam bukit yang berwarna hitam . Air rebusan dijadikan ubat kumur setiap pagi dan malam.
Garam hitam ini kebiasaanya kedapatan dibukit- bukit yang ada kolam air di tengahnya. Binatang-binatang hutan seperti kambing gurun,rusa,gajah akan mencari garam ini sebagai makanan tambahan untuk menguatkan tulang.
Dalam perubatan Jawi, garam bukit yang berwarna hitam ini dimasukkan kedalam campuran ubatan kapsul Deep Cleansing(Deep C) . Deep C juga digunakan untuk menguatkan tulang dan gigi. InsyaAllah.

-suber dari blog PU.

Monday, January 25, 2010

TIPS TINGKATKAN IMUNISASI BADAN

Tahukan anda bahawa di sebalik makanan yang anda makan sebahagiannya boleh melemahkan atau merosakkan sistem imunisasi tubuh anda. Bukan itu sahaja malahan ada juga makanan yang boleh anda makan bagi meningkatkan tahap imunisasi tubuh iaitu:-

PROTEIN
Banyak manfaat yang boleh kita perolehi darinya. Mengapa? kerana ia mampu melancarkan proses produksi sel agar sistem imunisasi tubuh tidak mudah terganggu disamping mencegah otot masa dari berkurangan sehinggalah ia boleh menghasilkan tenaga kepada kita semula.

Protein jenis ini boleh didapati pada ikan-ikan yang mengandungi kadar Omega-3 yang tinggi seperti tuna, salmon atau ikan sardin. Tahukan anda bahawa melalui Omega-3 inilah sistem kekebalan tubuh akan terhasil dan sekaliugus ia berfungsi sehingga maksimum.

Bukan itu sahaja malahan produk seperti daging merah juga kaya dengan protein. Satu lagi produk yang kaya dengan protein adalah susu.

SAYUR-SAYURAN
Makanlah sayur-sayuran dengan sebanyak yang mungkin. Ini kerana ia memiliki sebatian fitokimia yang bersifar antioksida. Ada diantara sesetengah sayur-sayuran boleh membantu tubuh dalam proses detoks dalam tubuh badan anda. Dengan bantuan fitokimia ini, tubuh akan menjadi kuat dalam menentang penyakit dan sekali gus membantu menentang kanser.

Bukan itu sahaja malahan sebatian kimia yang terkandung dalam sayur-sayuran ini memiliki warna, aroma yang kuat. Makanan seperti lobak merah, ubi merah, labu kuning, tomato dan terung juga antara makanan yang terbaik bagi yang mementingkan pemakanan diet yang seimbang.

BUAH-BUAHAN.
Kebaikan yang didapati lebih kurang sama dengan sayur-sayuran. Tetapi buah-buahan mempunyai ekstra kebaikannya yang tersendiri juga. Kebanyakan orang kita suka makan buah-buahan untuk dijadikan snek, dan boleh juga dipisahkan dari protein, tetapi tetap mudah dicerna dengan sempurna.

Tahukah anda bahawa buah-buahan seperti beri biru mengandungi sabatian fotokimia yang tinggi untuk membantu mencegah penyakit kanser. Selain itu, nenas, pisang, mangga dan tembikai juga baik dimakan namum pengambilannya haruslah terkawal ini kerana buah-buahan begini mengandungi kadar glukosa yang tinggi.

AIR PUTIH
Tugas penting air putih atau air suam ini adalah untuk meringankan tugas ginjal dan hati untuk memproses dan membuang racun yang terdapat dalam darah.

Disamping itu juga ia turut membantu menghindarkan anda dari keinginan untuk makan makanan yang manis. Erm, jika anda tidak percaya, cubalah. Bila masa anda terasa mahu makan makanan yang manis, minumlah segelas air suam. Pastinya keinginan tersebut akan hilang.

Jadi apalagi manja-manjakanlah tubuh anda dengan pengambilan sumber yang bermanfaat kerana ia akan menghasilkan tunbuh badan yang sihat lagi cerdas.

TIPS PENJAGAAN BAYI

1.Cuci pakaian yang baru dibeli atau yang lama dengan cecair pencuci freesia untuk mengelakkan kuman/bakteria kerana kulit bayi yang baru lahir amat sensitif.

2.Mandikan bayi anda dengan air suam untuk mengelakkan bayi sejuk dada.

3.Selepas mandi lapkan tali pusat bayi hingga kering kemudian disapu dengan ubat
yang diberikan doktor.

4.Kemudian sapukan minyak bayi HPA ke perut, ari-ari , betis, belakang dan tapak
kaki bayi kerana minyak ini boleh menghangatkan bayi selepas mandi dan
mengelakkan dari bayi kembung.

5.Pakaikan barut bayi ikat dengan kemas jangan terlalu ketat kerana boleh
menyebabkan perut bayi sakit.

6.Bagi ibu-ibu yang memakaikan bayi dengan lampin pakai buang, hendaklah sentiasa
peka dan menukar lampin pakai buang bayi tersebut. Jangan biarkan bayi anda
memakai lampin yang basah kerana ia boleh merengsa atau terjadinya ruam lampin.

7.Selepas itu, pakaikan pakaian kepada bayi anda. Jangan biarkan bayi dalam
kesejukan.

8.Rebus/rendam botol susu bayi anda ke dalam air panas untuk mematikan
kuman/bakteria yang terdapat di botol tersebut.

9.Puting botol susu bayi hendaklah sentiasa digantikan selalu untuk mengelakkan
bayi terkena ulser mulut.

PANADOL??? JANGAN!!!!!!

JANGAN AMBIL PANADOL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)

UNTUK PENGETAHUAN, ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya...

"Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol.. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis "painkiller", semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang "biasa" ini ke dalam mulut anda.

OREN BERPERISA ARAK




KUALA LUMPUR: Luaran nampak seperti minuman ringan biasa, namun ia sebenarnya minuman berperisa arak yang kini menjadi kegilaan remaja terutama di kalangan pelajar sekolah di negara ini.

Mendedahkan perkembangan membimbangkan itu, Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), N V Subbarow, berkata hasil siasatan pihaknya mendapati minuman itu mengandungi alkohol 5.5 peratus.

Menurutnya, ramuan arak yang ditin dan dibotolkan itu menggunakan pewarna seperti warna oren, epal dan campuran buah tropika bagi menarik perhatian pembeli membelinya dengan harga antara RM5 hingga RM12 sebotol.

“Ibu bapa terutama mereka yang beragama Islam perlu memberi perhatian serius kerana peratusan alkohol dalam minuman ringan ini melebihi kandungan (alkohol) yang terkandung dalam setin ‘beer’ iaitu 5 peratus saja.

“Kajian yang dilakukan CAP mendapati lebih 50 peratus murid dan pelajar sekolah kini menyukai minuman ini. Lebih serius ia mudah didapati di pasar raya mini dan kedai serbaneka.

“Pejabat CAP dihujani panggilan daripada golongan ibu bapa yang risau dengan penjualan minuman ringan itu kerana ada di antaranya mendakwa anak-anak mereka berasa pening lalat selepas meminumnya,” katanya di Balai Berita di sini, semalam.

Selain itu, pihak CAP turut mendapat aduan daripada pihak sekolah yang mengatakan segelintir murid dan pelajar membawa minuman ini ke sekolah untuk tujuan mengadakan jamuan hari jadi.

Menurutnya, tinjauan CAP mendapati terdapat lebih 25 jenama minuman ringan berperisa alkohol dijual di pasaran negara ini.

“Undang-undang negara jelas menyatakan sebarang minuman yang mengandungi alkohol dilarang penjualannya secara terbuka kepada golongan berumur 18 tahun ke bawah.

“Tetapi murid dan pelajar sekolah secara biasanya tidak gemar membaca kandungan label dan terus minum sebaik saja membelinya.

“Justeru, CAP bimbang dengan perkara ini kerana ia tahap permulaan untuk mereka minum arak apabila meningkat dewasa,” katanya.



KOSMETIK LEMAK MANUSIA


 
KOSMETIK LEMAK MANUSIA, Lemak manusia RM50,820 seliter, dijadikan sabun,pelincir,ubat dan krim kecantikan. Berlaku di Peru Lima, bagaimana penduduk tempatan telah dijadikan mangsa memperdagangkan lemak dan tisu manusia sebagai bahan kosmetik di Eropah.

“Lemak (manusia) itu dibeli oleh konspirator Itali sebelum dihantar untuk pengkomersialan ke makmal di Eropah, “ kata Pendakwa raya Jorge Sans Quiroz.
Kes ini mula terbongkar berikutan penemuan sebotol lemak manusia yang cuba diseludup keluar dari bandar Hua-nuca Andes ke Lima baru-baru ini.

Pihak berkuasa perubatan telah dihubungi agensi berita The Associated Press berkata ,lemak manusia digunakan sebagai agen antipenuaan tetapi sering didapati daripada ekstrak lemak pesakit yang menjani prosedur membuang lemak dibahagian perut dan dan punggung.

Pakar kulit Universiti Yale,Dr.Lisa Do-nofrio mendakwa, “ Ekstrak lemak manusia “ dapat membantu kulit menjadi segar.

“ Ada risiko reaksi imunologi yang boleh membawa maut jika lemak manusia digunakan,”kata profesor dematologi Cornell Weill Medical College di New York, Dr.Neil Sadick.

Hati-hatilah kepada rakan-rakan seperjuangan inginkan kejelitaan,nampak menarik namun pemilihan komestik biarlah teliti ,biarlah sah logo halalnya,kekadang sedap dimata,kesannya bukan sahaja haram tetapi kesan sampingannya memburukkan kecantikan.
Pilihan paling tepat ialah produk komestik HPA,centella white untuk pilihan pengguna yang pentingkan halal lagi suci.

AKTIKAL INI DI PETIK DARI AKHBAR KOSMO BERTARIKH 21 NOVEMBER 2009

- sumber dari KJPP Rompin

KHASIAT SIREH

Cantik bukan hanya pada wajah menawan atau penampilan diri bergaya tetapi kecantikan sebenar terletak pada keindahan dalaman.

Sirih antara tanaman yang banyak digunakan dalam perubatan selain bahan penting untuk hantaran atau proses peminangan.

Masyarakat India dan Cina turut menggunakan sirih.

Pengasas Bio Sireh Cosmetics, Sheikh Paiman Salleh membongkar khasiat sirih, antaranya:

* Dalam tulisan Luqman al-Hakim dalam kitab lama mengisahkan ketika Hawa dicampakkan ke bumi (dikatakan tercampak ke Selatan India dan kini dikenali sebagai Sri Lanka), Hawa berasa malu dan tumbuhan yang ada pada masa itu adalah sirih (masa itu dikatakan daunnya sebesar dulang) untuk menutupi alat sulitnya.

* Jika diteliti sehelai daun sirih, bentuknya dikatakan seakan-akan bentuk kemaluan wanita. Bahkan ada yang mengatakan ia berbentuk peta negara India dan kebetulan salasilah penemuan awalnya di India.

* Disifatkan sebagai daun yang paling baik untuk perubatan dan membantu memperbaiki sistem peranakan. Justeru, ia banyak digunakan untuk penyucian alat sulit kerana sifatnya sebagai pembersih dalaman. Mcm lady cheer HPA!!!

* Membantu menyembuhkan hidung berdarah dengan hanya menggunakan sehelai daun sirih. Daun dilipat kecil dan sumbatkan ke dalam hidung dengan mendongakkan kepala pesakit.

* Dulu ia menjadi hidangan menyambut tetamu dengan meletakkan setepak sirih dilengkapi pinang, kapur dan gambir.

* Fungsinya boleh membantu menaikkan seri wajah, airnya untuk membantu kekuatan dalaman dan cucian tempat sulit wanita. Selain itu, ia digunakan untuk tujuan awet muda.

* Baik untuk perubatan kebatinan yang banyak digunakan bomoh tradisional.

* Sifatnya yang pedas dan dedar (seperti bunga cengkih), menjadikannya sesuai sebagai pewangi mulut.

* Kanak-kanak yang bermasalah kembung perut dan menangis tidak henti-henti, boleh mengambil beberapa helai daun sirih lalu diletakkan pada perut bayi.

* Simbolik adat dalam peminangan dan perkahwinan orang Melayu atau majlis rasmi pejabat.

* Dikatakan mempunyai aura jika ada lelaki atau wanita yang belum ketemu jodoh apabila mereka menemui ‘sirih bertemu urat’. Jika ditemui segera, cepatlah orang itu bertemu jodoh.

HATI-HATI DENGAN TUALA WANITA….

Cerita ni sebenarnya dalam bahasa CINA so di translate cerita nie dalam bahasa melayu... . HATI-HATI bila pakai TUALA WANITA.. check dulu expired date... Kualiti.. dan paling PENTING kebersihanya... takot2 ada pulak telur binatang dekat atas tuala wanita tu...

Seorang pelajar cina berusia 17 tahun tak taula dr negara mana telah mengalami muntah2 mcm orang mengandung tu la kan ... . Beliau seorang kanak2 miskin dan bapanya pula seorang penjual TUALA WANITA...
disebabkan banyak tuala wanita yang expired,si bapa telah mengagihkan tuala wanita itu untuk dipakai oleh anak dan isterinya.. Almaklumla kehidupanya yg miskin dan kalau buang tu rasanya satu pembaziran kot pada keluarga mangsa tadi... so anak2 dgn bini dia pon pakaila TUALA WANITA tu... . lepas maybe beberapa bulan si anak mengalami muntah,loya tekak mcm orang2 mengandung tu... Dengan segera si bapa membawa anak ke hospital untuk diperiksa ape penyakit anaknya.. dan doktor memberi jawapan yang mengejutkan bahawa si anak telah MENGANDUNG... . maka hairanla si anak..dia menafikan bahawa dia mengandung kerana dia tidak mempunyai teman lelaki,masih bersekolah dan tidak pernah melakukan hubungan seks..

Scan punya scan doktor memberitahu bahawa terdapat 20EKOR ANAK TIKUS yang dikandungkan oleh pelajar terbabit... MUNGKIN KETIKA PERIOD TELUR2 TIKUS TELAH DISENYAWAKAN KOT DAN MASUK KEDALAM OVARI PELAJAR

TERSEBUT..MUNGKINN... .. doktor terpaksa membuat pembedahan ke atas pelajar tersebut kerana didapati anak2 tikus terbabit telah tumbuh gigi dan dikhuatiri akan memakan kesemua organ dalaman pelajar tersebut... kesemua doktor sahaja yang berani melakukan pembedahan itu,... pelajar terbabit kini disahkan tidak boleh mengandung lg kerana mereka telah mencuci keseluruhan dalaman pelajar tersebut kerana dikhutiri dijangkiti virus tikus yg kotor itu...

Moral of the story... ... *NAK BELI PAD TU CHECK DULU EXPIRED DATE.. *MAKE SURE PAD YG DIBELI TU BEBAS DARIPADA KOTORAN ATAU TELUR2 BINATANGSILAP2 KANG ADA TELUR LIPAS BERANAK LIPAS LAK LEPAS NI... *SAMA2 MENJAGA KEBERSIHAN DAN MEMASTIKAN KEJADIAN SEPERTI NIE TAK TERJADI.

BARAH PAYUDARA…LELAKI TAK TERKECUALI

WALAUPUN anda seorang lelaki, kemungkinan untuk diserang barah payu dara tetap ada, apatah lagi jika anda obes dan lahir dalam keluarga yang memiliki sejarah penyakit itu.

Pakar Bedah Am, Hospital Damai Jalan Ipoh, Dr Chaw Kien Chee, berkata umumnya peratusan kes barah payu dara lelaki agak kecil iaitu satu peratus dalam semua kes barah payu dara.

Bagaimanapun, katanya kerana kebanyakan lelaki beranggapan barah payu dara itu penyakit wanita, ada yang tidak mempedulikan simptom yang ada pada mereka.

Justeru, katanya, apabila pesakit lelaki datang mendapatkan rawatan kebanyakan mereka sudah berada di tahap akhir.

"Simptom paling ketara adalah ketulan di payu dara. Disebabkan payu dara lelaki lebih dekat dengan dada, ia lebih mudah merebak berbanding barah payu dara yang menyerang wanita," katanya.

Dr Chaw berkata, lelaki memiliki sejumlah kecil tisu payu dara yang tidak berfungsi. Pada peringkat kanak-kanak tisu payu dara kanak-kanak lelaki dan perempuan hanya terdiri daripada struktur seperti tiub atau saluran yang dikenali sebagai puting susu.

Bagi perempuan apabila datang haid, ovari menghasilkan estrogen menjadikan saluran itu membesar dan kelenjar susu terbentuk di hujung puting itu. Lelaki pula, hormon testosteron menekan pertumbuhan tisu payu dara dan pembentukan kelenjar susu.

Justeru, payu dara lelaki selalunya kecil dengan puting yang tidak terbentuk dan sejumlah kecil lemak dan tisu.

"Lelaki yang diserang barah payu dara selalunya gemuk kerana golongan itu memiliki lebih banyak tisu pada payu dara," katanya.

Walaupun barah payu dara lelaki agak jarang berlaku tetapi Persatuan Barah Amerika meramalkan untuk tahun ini, 1,990 kes baru akan dicatatkan dengan 480 kematian dicatatkan.

Simptom barah payu dara antara lelaki dan wanita juga sama. Ada ketulan kecil di payu dara atau ketiak, lelehan daripada puting atau kulit di payu dara yang termasuk ke dalam membentuk lekuk.

INFO: Faktor risiko barah payu dara pada lelaki

Berusia

Memiliki sejarah keluarga yang didiagnos dengan barah payu dara

Terdedah pada rawatan radiasi

Penyakit hati yang kronik

Berhadapan dengan masalah hormon perempuan berlebihan (sindrom klinefelter)

Rawatan
Tiada beza rawatan barah payu dara sama ada untuk lelaki atau perempuan. Apa yang perlu ditekankan adalah pada tahap mana barah itu berada. Ada pesakit yang hanya memerlukan pembedahan kecil dan tanpa kemoterapi. Ada juga yang memerlukan rawatan kemoterapi atau terapi hormon.

BAHAN SENTETIK PADA KOSMETIK,KESANNYA TUA PADA USIA




Penggunaan Bahan Kimia Sentetik yang berasaskan bahan PEMBERSIH KEDIAMAN boleh dikaitkan dengan masalah seperti alahan dan kulit sensitive yang boleh juga menyebabkan gangguan hormone,kesuburan dan barah manakala “ Paraben seperti Methparaben mudah menjadi toksid apabila didedahkan kepada sinar matahari.

Bahan popular ini digunakan sebagai pengawet dapat ditemui di dalam 16,000.00 produk termasuk syampo,gel rambut,losyen badan,pelembab dan ubat gigi.
Kepada muslim dan muslimat selain memelihara kesuciannya, kesan sampingan penggunaanya perlu diberi perhatian sebab yang menguna kita,kesan yang diterima juga kita, jadi berhijrahlah kepada produk yang kita tahu kebersihannya yang pastinya HPA PILIHAN YANG TEPAT

Inilah adalah hasil kajian penyelidik Jepun ( Saintis Di Universiti Perubatan Kyoto ) yang mendapati wanita yang memakai produk kosmetik untuk antipenuan sebenarnya mencepatkan lagi menjadi tua. Mereka menjelaskan proses penuaan adalah akibat daripada penggunaan bahan-bahan pengawet didalam kosmetik tersebut.

PENULIS - PILIHAN YANG TEPAT ADALAH HPA. TERJAMIN KESUCIANNYA KERANA BAHAN YANG DIGUNAKAN HALAL.

PILIHAN AKTIKAL DARI KERATAN AKBAR KOSMO BERTARIKH 21 NOVEMBER 2009


-sumber dari KJPP Rompin

Sunday, January 24, 2010

SIJIL HERBALIS 18 - 2010



SIJIL HERBALIS KE-18
Bagi mereka yang berminat,
bolehlah mendaftarkan diri anda ke
HPA Training, IT & Multimedia (Mutiara Hikmah Sdn Bhd)












BAYARAN BOLEH DILAKUKAN MELALUI AKAUN BIMB
MUTIARA HIKMAH SDN BHD (02020010058744)













DAN FAKSKAN BUTIRAN PERIBADI ANDA
(Nama Penuh, No Kad Pengenalan, No Ahli, No Telefon, Alamat Surat Menyurat dan Bukti Pembayaran anda ke
Pejabat MUTIARA HIKMAH SDN BHD 04-4419254










ATAU MENGHUBUNGI PEGAWAI KAMI DI TALIAN 04-4419094
PUAN NORASYIKIN BALKHIS BT YAKATH ALI (019-6330727)
PUAN AZIRA BT MAMAT (019-4548727)

Saturday, January 9, 2010

PENGALAMAN MENGAMALKAN PRODUK HPA KETIKA HAMIL DAN PERKEMBANGAN ANAK SETELAH DILAHIRKAN………..


Assalamualaikum… w.b.t..
Di sini saya ingin kongsikan pengalaman mengamalkan produk HPA ketika awal hamil hinggalah selamat melahirkan anak sulung yang diberi nama QAISA SABRINA BINTI NOOR HAMLI
Ketika mendapat tahu yang saya hamil lebih kurang 2 bulan umur kandungan…saya sudah mula mengamalkan makan spirulina dan mega 3 kapsul…disamping sentiasa meminum kopi radix. Dos yang saya amalkan ialah (2x2) @ (3x2)…setiap hari. Saya juga sentiasa mengamalkan makan kismis minda HPA tidak kira waktu …semasa di awal kehamilan saya juga seperti ibu2 lain pernah mengalami alahan iaitu rasa letih badan dan loya2 di waktu pagi @ morning sickness.. ttp alhamdulillah stlh mengamalkan mega3 dan spirulina td,saya tidak lagi terasa loya dan ingin muntah Cuma letih badan sahaja….
Hari –hari yang saya lalui berjalan seperti biasa sehinggalah  kandungan berusia  7 bulan ,kadar hemoglobin saya semakin menurun tetapi tidak sampai ke tahap membimbangkan…dengan masalah darah rendah yang sedia ada dalam keluarga saya, saya mengamalkan pula tambahan sinergi tadi dengan kapsul HB…dengan dos (3x3)..alhamdulillah bacaan hemoglobin saya kembali normal..
Saya terus aktif meneruskan tugas di D’Centella Herbshop sehingga sampai tempoh melahirkan…
akhirnya dibilik no 4, genap 22hb DECEMBER 2007 jam 12.22 minit pagi dan dengan suami yang sentiasa menemani di sisi yang tidak putus2 memberikankata2 semangat,selamatlah saya melahirkan cahaya mata yang pertama setelah lebih kurang 4 jam bertarung dengan kesakitan di  Hospital Daerah Kemaman…
puteriku ini diberi nama QAISA SABRINA BINTI NOOR HAMLI. Dilahirkan normal dengan berat 3.39KG..
alhamdulillah…. Dibawah ini  perkembangan puteri saya yang saya istilahkan sebagai “ANAK RADIX”
Inilah wajah puteri kesayangan di hari pertama …..



 22 DECEMBER 2007 JAM 0807 PAGI




 Hari pertama lebih kurang jam 5.00 petang….




Masih hari pertama…berada di pangkuan abah tersayang…dah pandai renung abah dia….
 
Selepas sahaja bersalin saya masih lagi mengamalkan mega3 kapsul,spirulina,dan HB…
Dan ditambah dengan kapsul mengkudu untuk kurangkan sakit di bahagian2 tubuh…time mkn ubat ni masih lagi berada dalam wad…ubat tahan sakit hospital langsung tak sentuh…alhamdulillah makan ubat HPA curi2…takut nurse tengok….
Tak sampai 1 jam selepas tamat proses bersalin saya dah mula berjalan untuk ke tandas di temani suami.  Lepas ke tandas, nurse pun Nampak…dah kena marah…Maklumlah anak pertama….tak tahulah lepas bersalin tak boleh bangun. Hehehe…
Keesokkan harinya pada 23hb ,tanpa apa2 masalah saya terus dibenarkan pulang pada tengah harinya…
Alhamdulillah puteri saya tidak mengalami sebarang tanda kuning @ jaundice..sehinggalah hari ke tiga.
Nurse yang datAng melawat ke rumah cadangkan untuk cek kuning di hospital…dan bacaan kuning anak amatlah sedikit iaitu lebih kurang dalam 80 bacaannya. Itupun hanya di bahagian perut ke bawah…itu sudah dikira bernasib baik kerana sepanjang kehamilan saya amat jarang makan di rumah.setiap hari makan di kedai…dan makan segala jenis makanan tanpa berpantang apa2…
Selepas pulang dari hospital…saya mengamalkan pula set bersalin HPA…termasuklah the herba,minyak urut ibu dan minyak urut bayi…herba rebusan dan spirulina.alhamdulillah kesan kuning anak semakin berkurangan dan akhirnya sembuh.


 
Hari kedua..23hb DECEMBER jam 7.00 malam


Hari kedua jam 8.45 malam



Hari ketiga…24hb DECEMBER jam 7.30 mlm…



Hari ke lima 27hb DECEMBER 2007…tengah nyenyak tidur…









PENGALAMAN MENGAMALKAN PRODUK HPA KETIKA HAMIL DAN PERKEMBANGAN ANAK SETELAH DILAHIRKAN………..-siri 2



 


Pada 27hb JANUARY 2008…lebih  kurang umur 1 bulan. Dah pandai tengok orang dan senyum..

 
 
Ni pic baru dicukur kepala….ikut sunnah rasulullah s.a.w…



Dah mula masukkan tangan dalam mulut dan menghisap jari….