Monday, January 25, 2010

TIPS PENJAGAAN BAYI

1.Cuci pakaian yang baru dibeli atau yang lama dengan cecair pencuci freesia untuk mengelakkan kuman/bakteria kerana kulit bayi yang baru lahir amat sensitif.

2.Mandikan bayi anda dengan air suam untuk mengelakkan bayi sejuk dada.

3.Selepas mandi lapkan tali pusat bayi hingga kering kemudian disapu dengan ubat
yang diberikan doktor.

4.Kemudian sapukan minyak bayi HPA ke perut, ari-ari , betis, belakang dan tapak
kaki bayi kerana minyak ini boleh menghangatkan bayi selepas mandi dan
mengelakkan dari bayi kembung.

5.Pakaikan barut bayi ikat dengan kemas jangan terlalu ketat kerana boleh
menyebabkan perut bayi sakit.

6.Bagi ibu-ibu yang memakaikan bayi dengan lampin pakai buang, hendaklah sentiasa
peka dan menukar lampin pakai buang bayi tersebut. Jangan biarkan bayi anda
memakai lampin yang basah kerana ia boleh merengsa atau terjadinya ruam lampin.

7.Selepas itu, pakaikan pakaian kepada bayi anda. Jangan biarkan bayi dalam
kesejukan.

8.Rebus/rendam botol susu bayi anda ke dalam air panas untuk mematikan
kuman/bakteria yang terdapat di botol tersebut.

9.Puting botol susu bayi hendaklah sentiasa digantikan selalu untuk mengelakkan
bayi terkena ulser mulut.

1 comment: