Monday, January 25, 2010

TIPS TINGKATKAN IMUNISASI BADAN

Tahukan anda bahawa di sebalik makanan yang anda makan sebahagiannya boleh melemahkan atau merosakkan sistem imunisasi tubuh anda. Bukan itu sahaja malahan ada juga makanan yang boleh anda makan bagi meningkatkan tahap imunisasi tubuh iaitu:-

PROTEIN
Banyak manfaat yang boleh kita perolehi darinya. Mengapa? kerana ia mampu melancarkan proses produksi sel agar sistem imunisasi tubuh tidak mudah terganggu disamping mencegah otot masa dari berkurangan sehinggalah ia boleh menghasilkan tenaga kepada kita semula.

Protein jenis ini boleh didapati pada ikan-ikan yang mengandungi kadar Omega-3 yang tinggi seperti tuna, salmon atau ikan sardin. Tahukan anda bahawa melalui Omega-3 inilah sistem kekebalan tubuh akan terhasil dan sekaliugus ia berfungsi sehingga maksimum.

Bukan itu sahaja malahan produk seperti daging merah juga kaya dengan protein. Satu lagi produk yang kaya dengan protein adalah susu.

SAYUR-SAYURAN
Makanlah sayur-sayuran dengan sebanyak yang mungkin. Ini kerana ia memiliki sebatian fitokimia yang bersifar antioksida. Ada diantara sesetengah sayur-sayuran boleh membantu tubuh dalam proses detoks dalam tubuh badan anda. Dengan bantuan fitokimia ini, tubuh akan menjadi kuat dalam menentang penyakit dan sekali gus membantu menentang kanser.

Bukan itu sahaja malahan sebatian kimia yang terkandung dalam sayur-sayuran ini memiliki warna, aroma yang kuat. Makanan seperti lobak merah, ubi merah, labu kuning, tomato dan terung juga antara makanan yang terbaik bagi yang mementingkan pemakanan diet yang seimbang.

BUAH-BUAHAN.
Kebaikan yang didapati lebih kurang sama dengan sayur-sayuran. Tetapi buah-buahan mempunyai ekstra kebaikannya yang tersendiri juga. Kebanyakan orang kita suka makan buah-buahan untuk dijadikan snek, dan boleh juga dipisahkan dari protein, tetapi tetap mudah dicerna dengan sempurna.

Tahukah anda bahawa buah-buahan seperti beri biru mengandungi sabatian fotokimia yang tinggi untuk membantu mencegah penyakit kanser. Selain itu, nenas, pisang, mangga dan tembikai juga baik dimakan namum pengambilannya haruslah terkawal ini kerana buah-buahan begini mengandungi kadar glukosa yang tinggi.

AIR PUTIH
Tugas penting air putih atau air suam ini adalah untuk meringankan tugas ginjal dan hati untuk memproses dan membuang racun yang terdapat dalam darah.

Disamping itu juga ia turut membantu menghindarkan anda dari keinginan untuk makan makanan yang manis. Erm, jika anda tidak percaya, cubalah. Bila masa anda terasa mahu makan makanan yang manis, minumlah segelas air suam. Pastinya keinginan tersebut akan hilang.

Jadi apalagi manja-manjakanlah tubuh anda dengan pengambilan sumber yang bermanfaat kerana ia akan menghasilkan tunbuh badan yang sihat lagi cerdas.

No comments:

Post a Comment